Sabtu, 9 Mac 2013

Mencari Teman Hidup


Aku memang mencari teman hidup. Sudah tentu bukan teman suka-suka. Aku tak rasa satu keperluan pun teman suka-suka tu. Cukuplah sekadar aku suka-suka, menggembirakan diri dengan rakan-rakan yang tersayang, dengan ibu bapa mahupun dengan cousin-cousin ku semua. Teman hidup? Satu perkataan yang mudah, tapi sukar untuk kita jumpa. Teman tawa riang, teman duka, teman yang merangkap sahabat, merangkap kekasih, merangkap suami, merangkap ayah kepada anak-anak kita. Indah bukan perasaan itu? Perasaan yang semua perempuan ingin rasa. Cuma bezanya, lambat atau pantas sahaja.

Teman suka-suka untuk apa kalau untuk sementara waktu sahaja? Aku perlukan yang sepenuh masa. Bukan partime. Bukan halftime. Bukan! Sepenuh masa, sepanjang waktu. Jadi janganlah di tanya kenapa pencarianku lama. Aku mencari untuk kekal abadi. Sebab itu aku teliti. Jangan kau soal apa yang ku ingin. Demandkah aku, materialistikkah aku atau memilihkah aku. Jangan kau soal itu. Kerna hati aku, hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

Yang paling penting sekali adalah aku. Aku perlukan ruang untuk diriku. Membaiki segala perlakuan. Membaiki hati dan perasaan. Membaiki demi menjadi muslimah yang lebih baik. Mudah-mudahan.

Tiada ulasan: